Pengalaman Hidup Penuh Cabaran
31hb Julai penuh dgn pengalaman pahit dalam hidupku, Suami tercinta mengalami kemalangan jalan raya.Cedera parah tapi mujurlah semakin pulih sekarang ni. Mulai hari itu rutin hidupku 100% berubah. Tidur kat hospital, pergi kerja dari hospital. Anak-anak terpisah. Yang bersekolah kat rumah bersama adikku yang masih dalam praktikal, yang 4 tahun di rumah adik yg tak bekerja.
Aku terpaksa kuatkan semangat demi suami dan anak-anak. Aku tak mahu suami dan anak-anak melihat aku lemah. Aku mahu kedua-duanya terus bersemangat untuk bersama kembali seperti sediakala. Syukur alhamdulillah doaku semakin dimakbulkan. Satu-satu doaku ditunaikan. Suamiku kini sudah pulang ke rumah walaupun belum pulih sepenuhnya tapi syukur kami sekeluarga kembali berkumpul.Anak-anak semakin berdikari, yang sulong akan menguruskan adik dan rumah sebelum ke sekolah di sebelah petang. Sebelum keluar bekerja aku akan pastikan sarapan dan makan tengahari dah disiapkan. Cuma kalau tak sempat anak sulungku akan memasak nasi untuk suamiku dan adik-adik di rumah.
No comments:
Post a Comment