Teramat sukar rupanya untuk memaafkan orang yang kerap menyakitkan hati kita. Selama ini aku sentiasa redha dengan kerenah orang sekeliling. Sentiasa cuba memaafkan walaupun sesekali amat menyakitkan. Namun kali ini kenapa sukar sekali untuk aku mengalah. Mungkin inilah dugaan untukku.Atau mungkin kerana terlalu kerap aku mengalah menyebabkan mereka merasakan apa yang dibuat sudah tidak menjadi salah pada mereka. Entahlah... semakin aku cuba mengalah semakin sakit hati jadinya.
Ya Allah..berilah aku kekuatan dan ketabahan yang jitu menghadapi dugaan ini. Mungkin inilah cara untuk aku membersihkan hati dan jiwa sebelum sampai ke tanah sucimu Ya Allah.....berikan aku ketenangan yang hakiki untuk meneruskan kehidupan yang mencabar ini. Mudahkan perjalanan ku ke Tanah Sucimu Ya Allah.

No comments:
Post a Comment