About Me
Tuesday, October 28, 2008
Jualan Langsung
Aku memang berminat menjadi ahli kepada apa-apa produk yg aku ingin gunakan. Nak dapat harga ahlilah katakan, tapi aku tak pandai nak berniaga. Kepada kawan-kawan semuanya aku jual dengan harga ahli jadi memang tak ada untung, rugi lagi ada kerana pergi beli barang nak duit tambang juga, penat lagi. Tapi entahlah rasanya tak sampai hati nak ambik untung.Kepada sesiapa ada petua nak beniaga bolehlah tlg saya cara-cara nak berniaga.
Pahit Maung Kehidupan
Pengalaman Hidup Penuh Cabaran
31hb Julai penuh dgn pengalaman pahit dalam hidupku, Suami tercinta mengalami kemalangan jalan raya.Cedera parah tapi mujurlah semakin pulih sekarang ni. Mulai hari itu rutin hidupku 100% berubah. Tidur kat hospital, pergi kerja dari hospital. Anak-anak terpisah. Yang bersekolah kat rumah bersama adikku yang masih dalam praktikal, yang 4 tahun di rumah adik yg tak bekerja.
Aku terpaksa kuatkan semangat demi suami dan anak-anak. Aku tak mahu suami dan anak-anak melihat aku lemah. Aku mahu kedua-duanya terus bersemangat untuk bersama kembali seperti sediakala. Syukur alhamdulillah doaku semakin dimakbulkan. Satu-satu doaku ditunaikan. Suamiku kini sudah pulang ke rumah walaupun belum pulih sepenuhnya tapi syukur kami sekeluarga kembali berkumpul.Anak-anak semakin berdikari, yang sulong akan menguruskan adik dan rumah sebelum ke sekolah di sebelah petang. Sebelum keluar bekerja aku akan pastikan sarapan dan makan tengahari dah disiapkan. Cuma kalau tak sempat anak sulungku akan memasak nasi untuk suamiku dan adik-adik di rumah.

Subscribe to:
Posts (Atom)