Blog Archive

Tuesday, May 10, 2011

Ku Bermohon Padamu

Semoga semua doaku dimakbulkan olehNYA. Permudahkan perjalanan ku menjadi tetamu kecilMU ya ALLAH.

Sunday, May 8, 2011

Kek Oren Mak

Bahan-bahan:

6 biji Telur
1 Cawan tepung naik sendiri
1 1/2 Cawan tepung gandum
1 1/2 Cawan gula
1 1/2 Cawan Butter
4 Sudu Oren Sunquick
1 Camca Baking Powder-ayak bersama tepung
Parutan Kulit Oren

Cara membuatnya:

Pukul butter dengan gula sampai kembang. Masukkan telur satu persatu.Pukul lagi sampai kembang. Masukkan tepung dan baking powder. Gaul Sebati. Masukkan pula parutan oren dan oren sunquick dan kacau lagi.Bakar sampai masak.Selamat Mencuba...

Kueh Tepung Talam Pandan

Bahagian Bawah

1 Cawan Tepung Gandum
2 Cawan Tepung Beras
2 Biji Telur
1 Cawan gula Pasir
2 Sudu Air Daun Pandan
4 Cawan Santan-agak2

Bahagian Atas


1 Cawan tepung gandum
1 Sudu Tepung Beras
Secubit garam
Santan Pekat (Agak2 kecairannya)

Cara Membuatnya:

Blender gula dengan telur sampai sebati.Masukkan tepung dan santau, gaul sebati. Kukus lebih kurang 10 minit.

Gaul semua bahan bahagian atas. Masukkan ke dalam adunan bawah yang dah di kukus.Kukus sekali lagi sampai masak.

Saturday, May 7, 2011

Marble Cheese Cake



Resepi Kek Coklat (bahagian bawah)

1 cawan tepung kek (naik sendiri)
1 cawan Gula halus
2 biji telur
125 gm butter ( Anchor)

1/2 cwn serbuk koko *
1/4 cawan gula*
1/2 cawan air panas*
1/2 cawan susu cair *
* satukan kesemua di atas

Cara - pukul butter dan gula sehingga kembang... kemudian masuk telur ( masukkan satu persatu yer,pukul lebih kurang seminit..baru masukkan sebiji lagi)...  kemudian masukkan tepung dan bahan bertanda *..... masukkan kek dlm bekas dan bakar kek...

Resepi Cheesecake (bahagian atas)

250gm Cream cheese
125 gm butter ( anchor)
3/4 cwn gula halus
2 biji telur
1 3/4 cwn tepung kek

1camca jus lemon (  sunquick pun boleh)
1/2 cawan susu segar

cara- pukul CC + butter + gula halus.... sehingga kembang.. kemudian telur satu persatu.... masukkan tepung + jus lemon dan susu segar.......


cara lapisan dibuat........... mula2 bakar dulu kek bahagian bawah.... agak2 dia macam separuh masak..... angkat... dan masukkan bahan cheese (bahagian atas) tu....... bakar kembali sehingga masak..... nak tau kek dah masak ketidak...... cucuk kek dgn lidi... kalau lidi tu bersih jer keluar.... makanya kek sudah masak lah tu.....selamat mencuba

Tuesday, May 3, 2011

Kemaafan Dendam Terindah

Teramat sukar rupanya untuk memaafkan orang yang kerap menyakitkan hati kita. Selama ini aku sentiasa redha dengan kerenah orang sekeliling. Sentiasa cuba memaafkan walaupun sesekali amat menyakitkan. Namun kali ini kenapa sukar sekali untuk aku mengalah. Mungkin inilah dugaan untukku.Atau mungkin kerana terlalu kerap aku mengalah menyebabkan mereka merasakan apa yang dibuat sudah tidak menjadi salah pada mereka. Entahlah... semakin aku cuba mengalah semakin sakit hati jadinya.

Ya Allah..berilah aku kekuatan dan ketabahan yang jitu menghadapi dugaan ini. Mungkin inilah cara untuk aku membersihkan hati dan jiwa sebelum sampai ke tanah sucimu Ya Allah.....berikan aku ketenangan yang hakiki untuk meneruskan kehidupan yang mencabar ini. Mudahkan perjalanan ku ke Tanah Sucimu Ya Allah.